Pengecualian Bayaran Duti Setem

Kemudahan pinjaman melalui LPPSA
July 21, 2017

MULAI 1 JAN 2017, RUMAH PERTAMA BERNILAI RM300K KEBAWAH DIKECUALIKAN DARIPADA BAYARAN DUTI SETEM.

Tahukah anda, mulai 1 Jan 2017, untuk pembelian rumah pertama yang bernilai RM300K KEBAWAH, anda akan DIKECUALIKAN daripada bayaran duti setem pindah milik dan duti stem dokumen utama pinjaman.

Manakala untuk hartanah yang bernilai RM301K hingga RM500K pula, anda layak mendapat peremitan sebanyak RM5,000 daripada jumlah amaun sebenar duti setem pindah milik yang akan dikenakan, dan peremitan sebanyak RM1,500 daripada jumlah amaun sebenar duti setem dokumen utama pinjaman yang akan dikenakan.

Misalnya :

1. Nilaian rumah : RM500K

Duti setem pindah milik sebenar : RM9000
Peremitan duti setem pindah milik : RM5000.
RM9000 – RM5000 = RM4000.
Maka, duti setem yang perlu di bayar hanyalah : RM4000 SAHAJA.

2. Jumlah pinjaman : RM450K

Duti setem dokumen utama pinjaman : RM2250
Peremitan duti setem dokumen utama pinjaman : RM1500
RM2250 – RM1500 = RM750.
Maka, duti setem yang perlu di bayar hanyalah : RM750 SAHAJA.
Nak tahu perkiraan duti setem sebenar, sila lihat gambarajah di bawah.
* Peremitan : potongan/ diskaun

Credit to HartaGuam.

Comments are closed.

Webmail Login
Open chat
1
Hubungi Kami
Aarez Assist
Kami akan membantu anda untuk memiliki Kediaman Impian TANPA TUNAI, 100% kemudahan pembiayaan untuk yang LAYAK.