Aarez Holding Sdn Bhd (AHSB) telah ditubuhkan lebih 5 tahun yang lalu untuk menawarkan pemilikan kediaman impian TANPA TUNAI bagi ANDA yang mempunyai kelayakan/kemudahan pembiayaan perumahan dari kerajaan/bank/syarikat dan lain-lain.
Bagi kemudahan bakal pelanggan yang layak, kami menawarkan kemudahan pembelian atau pembinaan kediaman TANPA TUNAI. Pembeli hanya perlu menyediakan dokumen untuk panel peguam kami proses bagi kemudahan pembiayaan.
AHSB akan menguruskan kemudahan pembiayaan dengan pihak LPPSA dan Bank melalui kemudahan pembiayaan yang cukup kompetitif kerana beberapa aspek. Antaranya adalah kelulusan pinjaman yang diberikan adalah 100% berdasarkan penilaian harga rumah dan kelayakan pemohon.
Kemudahan ini ditawarkan dengan harga yang amat kompetitif disertakan spesifikasi yang premium. Harga kediaman yang ditawarkan kebiasaannya adalah di bawah harga penilaian yang membolehkan rebat untuk TUNAI dinikmati oleh ANDA.
Yang menarik juga adalah tempoh bermula bayaran balik pembiayaan. Kami biasanya menyerahkan rumah untuk diduduki oleh pelanggan ketika kesiapan 95% tanpa perlu menunggu pembayaran dijelaskan oleh pihak pembiaya terlebih dahulu. Ini bermakna, kebiasaannya pembeli mempunyai masa beberapa bulan menduduki kediaman tanpa bayaran ansuran bulanan. Ianya boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelian barangan keperluan rumah yang lain.
Untuk makluman juga, setakat ini kami tidak pernah mengenakan denda lewat terima bayaran kemajuan walaupun bayaran selalunya lambat dikeluarkan.
Jadilah pengguna yang bijak, kuasa di tangan ANDA...
JANGAN lepaskan PELUANG untuk memiliki kediaman impian yang Aarez Holding Sdn Bhd tawarkan khas untuk anda.