Majoriti dari pelanggan kami merupakan kakitangan kerajaan.
Berdasarkan kepada pengalaman tersebut, kami mendapati kemudahan pembiayaan ini cukup kompetitif kerana beberapa aspek. Antaranya adalah kelulusan pinjaman yang diberikan adalah 100% berdasarkan penilaian harga rumah dan kelayakan pemohon. Takaful atau insuran turut dimasukkan dalam pembiayaan tersebut.
Yang menarik juga adalah tempoh bermula bayaran balik pembiayaan. Kami biasanya menyerahkan rumah untuk diduduki oleh pelanggan ketika kesiapan 95% tanpa perlu menunggu pembayaran dijelaskan oleh pihak pembiaya terlebih dahulu. Ini bermakna, kebiasaannya pembeli mempunyai masa lebih kurang 3 bulan menduduki kediaman tanpa bayaran ansuran bulanan. Ianya boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelian barangan keperluan rumah yang lain.
Untuk makluman juga, setakat ini kami tidak pernah mengenakan denda lewat terima bayaran kemajuan walaupun bayaran selalunya lambat dikeluarkan.
Jadilah pengguna yang bijak, kuasa di tangan ANDA...