Persoalan utama yang biasa di hadapi oleh bakal pemilik kediaman impian ke dua adalah bagaimana cara untuk menyelesaikan baki pinjaman pertama sekiranya masih berbaki.
Pilihan 1, teruskan bayaran bulanan sehingga selesai sekiranya baki adalah kecil.
Pilihan 2, menjual hartanah pembiayaan LPPSA kali pertama.
Pilihan 3, refinancing atau pembiayaan semula dengan pihak bank.
Susulan dari perkembangan terkini kadar mata asas atau BLR pihak bank yang agak menarik, pilihan untuk refinance merupakan pilihan utama di mana jumlah pembiayaan adalah berdasarkan nilai semasa hartanah dan kelayakan semasa peminjam.
Biasanya lebihan wang tunai dari kemudahan refinancing ini akan digunakan untuk menampung tambahan pembiayaan kediaman baru dan juga menyelesaikan pinjaman lain seperti pinjaman peribadi, kereta dan lain lain.
Sekiranya langkah ini merupakan pilihan, Anda hanya perlu komitmen bulanan untuk pinjaman perumahan bagi kedua hartanah melalui bank dan LPPSA.
Bagaimana peranan Aarez Holding Sdn Bhd merealisasikan kediaman impian ANDA? Bersambung ke Bahagian ke 4