Buah Guntung sebagai hiasan bumbung

Boleh ke nak ‘customize’ Banglo yang di beli ikut citarasa sendiri??
October 18, 2020
Manfaatkan Kemudahan Pembiayaan LPPSA kali ke-2 (Bahagian 1)
December 22, 2020

Salah satu ciri unik Variasi Aarez adalah penggunaan Buah Guntung sebagai hiasan bumbung, pemanis ketrampilan kediaman impian samada jualan atau Pakej Bina Atas Tanah Sendiri yang ditawarkan oleh Aarez Holding Sdn Bhd.

Bilangan Buah Guntung biasanya di pasang dalam bilangan ganjil mewakili manifestasi penghayatan budaya Melayu. Pelbagai saiz digunakan untuk menyesuaikannya dengan bentuk bumbung.

Apakah sebenarnya Buah Guntung ini?

Menurut sumber FB Terengganu State Muzium, Buah Buton atau Buah Guntung adalah kayu yang dipasang pada puncak bumbung rumah Melayu.

Ia dipasang pada bahagian atas bumbung di kedua-dua hujung tulang perabung yang berfungsi memegang pemeleh yang disambungkan pada tulang perabung. Di Terengganu, Buah Buton / Buah Guntung banyak ditemui pada Rumah berbentuk Limas / Potong Belanda dan juga kadang-kadang ditemui juga pada rumah berbentuk Bujang Barat.

Buah Buton / Buah Guntung sering disamakan dengan dengan anggota badan manusia iaitu kepala. Reka bentuk Buah Buton / Buah Guntung juga melambangkan satu bentuk binaan yang berfungsi sama seperti batu nisan di perkuburan.

Ianya memberi satu erti tanda daripada satu bentuk sesebuah bangunan atau rumah bahawa manusia sentiasa bergerak dan hidup yang mana akan menuju ke alam hakiki.

Kredit: FB Terengganu State Muzium

Comments are closed.

Webmail Login
Open chat
1
Hubungi Kami
Aarez Assist
Kami akan membantu anda untuk memiliki Kediaman Impian TANPA TUNAI, 100% kemudahan pembiayaan untuk yang LAYAK.