Manfaatkan Kemudahan Pembiayaan LPPSA kali ke-2 (Bahagian 1)

Buah Guntung sebagai hiasan bumbung
December 1, 2020
Manfaatkan Kemudahan Pembiayaan LPPSA kali ke-2 (Bahagian 2)
January 9, 2021

Kemudahan pembiayaan oleh LPPSA kepada penjawat awam merupakan satu keistimewaan yang perlu dimanfaatkan untuk memiliki kediaman impian. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan ini dengan menawarkan pelbagai skim pembiayaan perumahan.

Antara kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh LPPSA adalah pinjaman kali ke 2. Berdasarkan kepada tinjauan yang dijalankan oleh Aarez Holding Sdn Bhd, ramai penjawat awam ingin membeli kediaman impian untuk kali yang ke 2 ekoran daripada peningkatan taraf hidup untuk menikmati kediaman yang lebih selesa dari kediaman yang pertama. Ada juga yang ingin memiliki kediaman kali ke 2 bagi tujuan pelaburan untuk simpanan hari tua atau tujuan pewarisan harta untuk insan yang tersayang.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa kesedaran pemilikan hartanah di kalangan penjawat awam kian memberansangkan walaupun terdapat penemuan kajian yang menunjukkan sebaliknya. Berdasarkan kepada kajian Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati 53 peratus daripada kakitangan awam belum memiliki kediaman sendiri.Sebaliknya, kebanyakan mereka sama ada masih menyewa, menetap di kuarters atau mendiami kediaman milik keluarga.

Aarez Holding Sdn Bhd turut membantu untuk meningkatkan kadar pemilikan kediaman di kalangan penjawat awam melalui pengenalan beberapa Pakej Jualan, Bina Atas Tanah Sendiri (BTS Spesifikasi Premium), Renovation dan lain lain, dengan penawaran pakej pemilikan kediaman tanpa tunai 100% kemudahan pembiayaan. Di samping itu, pelancaran Variasi Aarez Prihatin (VAP) di jangka mampu untuk menawarkan kediaman mampu milik seterusnya turut membantu penyelesaian isu pemilikan kediaman.

Bersambung ke Bahagian 2….

Comments are closed.

Webmail Login
Open chat
1
Hubungi Kami
Aarez Assist
Boleh kami bantu anda untuk miliki Kediaman Impian TANPA TUNAI, 100% kemudahan pembiayaan untuk yang LAYAK.