Manfaatkan Kemudahan Pembiayaan LPPSA kali ke-2 (Bahagian 2)

Manfaatkan Kemudahan Pembiayaan LPPSA kali ke-2 (Bahagian 1)
December 22, 2020
Deposit dan Kepercayaan
February 12, 2021
Kefahaman berkenaan skim pinjaman kali ke 2 ini amatlah perlu bagi penjawat awam merangka strategi pemilikan kediaman ke dua. Kemudahaan pembiayaan kali ke 2 tertakluk kepada syarat syarat tertentu. Berdasarkan Garis Panduan Pembiayaan Perumahan Lppsa Bil.1/2019, antara perkara yang perlu difahami berkenaan perkara utama kemudahan ini adalah baki hutang pembiayaan pertama perlu diselesaikan sepenuhnya. Kelayakan pembiayaan kedua juga tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.

Selain itu, jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar. Di samping itu amaun pembiayaan kedua adalah perbezaan antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama.

Untuk perbandingan, pembiayaan pertama, ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Berapakah kadar kelayakan untuk pinjaman pertama dan kedua?? Berdasarkan jadual (RUJUK gambar pertama)

Sekiranya anda telah membeli rumah pertama dengan kemudahan dari LPPSA sebanyak RM 300,000, anda perlu menyelesaikan pinjaman tersebut berdasarkan baki semasa terkini terlebih dahulu. Permohonan untuk kali ke dua adalah berdasarkan kepada kelayakan semasa anda di tolak dengan jumlah kemudahan kali pertama. Sekiranya kelayakan semasa anda adalah RM600000, ini bermakna jumlah maksimum yang boleh diluluskan oleh LPPSA adalah RM300000, bukannya RM600,000. Jumlah kelulusan tertakluk kepada jumlah ansuran bulanan dan jumlah hutang dari pendapatan bersih yang tertera pada penyata gaji.

Bagi kemudahan untuk anggaran jumlah pembiayaan yang layak, terdapat kalkulator pembiayaan disediakan di laman web LPPSA di pautan http://www.lppsa.gov.my/v2/kalkulator-lppsa/.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran penggunaan kalkulator ini, Aarez Holding Sdn Bhd sedia membantu anda untuk tujuan anggaran jumlah kemudahan pembiayaan.
Persoalan utama yang biasa di hadapi oleh bakal pemilik kediaman impian ke dua adalah bagaimana cara untuk menyelesaikan baki pinjaman pertama sekiranya masih berbaki.

( bersambung bahagian ke 3)
Link Bahagian 1, http://aarezholding.com/manfaatkan-pembiayaan-lppsa/

Comments are closed.

Webmail Login
Open chat
1
Hubungi Kami
Aarez Assist
Boleh kami bantu anda untuk miliki Kediaman Impian TANPA TUNAI, 100% kemudahan pembiayaan untuk yang LAYAK.