Kemudahan pinjaman melalui LPPSA

Pengecualian Bayaran Duti Setem
July 21, 2017
Syarat kelayakan pinjaman perumahan LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA).
July 21, 2017

Pemilikan kediaman bagi kakitangan kerajaan melalui kemudahan pinjaman yang disediakan melalui LPPSA merupakan satu keistimewaan yang perlu dimanfaatkan oleh kakitangan yang layak.

Majoriti dari pelanggan kami merupakan kakitangan kerajaan.

Berdasarkan kepada pengalaman tersebut, kami mendapati kemudahan pembiayaan ini cukup kompetitif kerana beberapa aspek. Antaranya adalah kelulusan pinjaman yang diberikan adalah 100% berdasarkan penilaian harga rumah dan kelayakan pemohon. Takaful atau insuran turut dimasukkan dalam pembiayaan tersebut.

Yang menarik juga adalah tempoh bermula bayaran balik pembiayaan. Kami biasanya menyerahkan rumah untuk diduduki oleh pelanggan ketika kesiapan 95% tanpa perlu menunggu pembayaran dijelaskan oleh pihak pembiaya terlebih dahulu. Ini bermakna, kebiasaannya pembeli mempunyai masa lebih kurang 3 bulan menduduki kediaman tanpa bayaran ansuran bulanan. Ianya boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelian barangan keperluan rumah yang lain.

Bagi kemudahan bakal pelanggan yang layak, kami menawarkan kemudahan pembelian atau pembinaan kediaman TANPA wang muka atau deposit. Pembeli hanya perlu MENYEDIAKAN dokumen untuk panel peguam kami proses bagi kemudahan pembiayaan.

Untuk makluman juga, setakat ini kami tidak pernah mengenakan denda lewat terima bayaran kemajuan walaupun bayaran selalunya lambat dikeluarkan.

Jadilah pengguna yang bijak, kuasa di tangan ANDA…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Webmail Login